Hi, ini aku Ruth!

Assalamualaikum.

Sebelum borak lebih panjang, aku nak ceritakan sedikit mengenai diri aku. Kalau tak taaruf macam mana nak cinta, kan? Aku lahir dari keluarga b40. Banyak aku lihat bila aku mula dari bawah ni. Banyak juga aku belajar sebab aku kena survive supaya aku boleh keluar dari circle ni.

Alhamdulillah, selepas apa aku lalui ini semua, dengan izin Allah, aku masih lagi b40, tapi b40 yang lebih mengenal pencipta aku, lebih mengenal siapa aku, lebih tahu bagaimana dunia ini berfungsi dan macam mana orang macam aku perlu tahu untuk survive tanpa ada victim mindset.

Banyak benda orang macam aku nak tahu, nak belajar, tapi tak tahu nak tanya siapa, nak tanya apa sebab selalunya bila bertanya, kena marah atau jawab acuh tak acuh. Tapi kalau tak tanya, macam mana nak belajar, macam mana nak tahu, macam mana nak ubah? Rupanya, siapa yang kita nak bertanya itu lebih penting.

Sebab dengan orang yang tepat, kau tanya macam mana nak berak guna tandas duduk pun, dia tak rasa kau tanya soalan bodoh atau kau menghina dia. Semestinya diikuti dengan adab. Islam juga menekankan belajar adab dulu baru belajar mengenal pencipta. Dulu aku cita-cita nak jadi cikgu.

Kenapa? Sebab dulu aku lambat tangkap dengan apa yang orang ajar, aku perasan, kalau kita lambat sikit, cikgu selalu marah yang macam malas nak layan, tapi bukan semua ya! Selalu kita ketinggalan, bila ketinggalan, selalu kita juga dipersalahkan sebab tak buat kerja sekolah.

Padahal bukan sebab malas tapi sebab tak faham dan tak tahu. Mak ayah pula busy cari duit untuk cukupkan keperluan bukan mewahkan ya! Kita pun tak sampai hati nak susahkan lagi parents. Itu yang tanggung jelah sebatan cikgu. Aku perasan kawan-kawan aku selalu macam tu juga. Jadi aku tekad nak jadi cikgu untuk bantu mereka yang slow. Rawat punca bukan rawat simptom.

Tapi aku tahu ramai yang akan trigger dengan statement aku ni. Takpe-takpe nanti kita bincangkan pasal benda ni. Panjang sangat pengenalan ni nanti. Jadi pendek kata, aku buat blog ni sama je tujuan aku dengan aku nak jadi cikgu, aku nak tolong a.k.a bantu orang yang nasib sama atau lebih kurang macam aku.

Kalau kau tak rasa blog ni untuk kau atau kau bukanlah orang yang aku maksudkan dalam blog ni, ala lepak jelah sini, kau pun mesti tak ada apa nak buatkan, bosan letu. Tak apa, lepak sini okay apa, jika Allah izinkan banyak ilmu kau dapat walaupun kau dah tahu. It is okay, ilmu tu perlukan pengulangan, sebab fitrah kita ni mudah lupa.

Ala, mak kau pesan suruh tolong masukkan duit rm50 pun kau lupa, sampai mak kau kena ingatkan banyak kali sebab kau asyik cakap lupa, padahal kau tengah sengkek! Haa, kan dah betul melekat lupa tu. Hahaha. Rasanya dah cukup taaruf ni jadi lepas ni, hari-hari singgahlah blog aku buat lepas rindu. Muah ciked!

Jom collab nak?