Allah berdiri di atas sangkaan hambanya?


Dulu masa aku masuk asrama, aku pasti dinding sekolah kita semua ada macam-macam tulisan. Tapi bukan tulisan :
“black moon was here”
“Batch 2010 SPM rock!!”
“Cikgu **** suka marah”
Bukan. Tapi tulisan motivasi, kata pujangga, peribahasa, dan juga keagamaan. Paling menarik minat aku, tapi bukan ni je, ada banyak lagi tapi yang ini yang aku nak tulis,
“Allah berdiri di atas sangkaan hamba-hambaNya”
For years, i was wondering apa maksud ayat tu. I were asking too many people about this sentence, and the answer were similar and still not answering my curiousity, “Allah ikut apa yang kau fikirlah, kalau kau fikir Allah jahat, maka jahatlah Allah”. Yelah, nak jelas apa lagi. Ayat tu sangat jelas dan tak ada bunga-bunga kot. Ke aku yang terlebih bengap sebab fikir bahasa Arabkan penuh bunga-bunga dan bahasa Allah amatlah indah.
Sampailah pada penghujung Mei atau early June this year, i were dumbscrolling through my social media and reading this one post, aku dah tak boleh quote similar ayatlah ek tapi dia bawa maksud macam ni,
Allah berdiri di atas sangkaan hambaNya tu like macam tulah layanan Allah kat kau. Kalau kau fikir Allah tu kejam, jahat, maka buruklah layanan Allah pada kau.
I don’t go to the comment section. But it made me think, Allah tu lebih penyayang dari kasih seorang ibu kepada anaknya. Jadi takkanlah macam tu. I am not gonna lie if this ayat was given to me years back, i would definitely pegang and percaya ayat ni bulat-bulat. But no after i go through journey on learning to know my Creator, the Most Merciful, Allah swt.
Ini bukan hadis qudsi, maudud atau sebagainya jadi jangan tanya aku mana rujukan. Ini hanyalah pandangan peribadi aku sebagai hamba yang cuba belajar kenal akan Penciptanya. Allah tak layan kita berdasarkan apa kita fikir tentang Allah. Tak. Sebab Dia Maha Penyanyang, Pengasih lagi Pengasihani. Rahmat Allah meliputi sekalian alam. Kerana yang bukan beragama islam, yang jelas menentang agama islam, masih lagi Allah beri rezeki yang melimpah ruah kepada mereka.
TETAPI, kita hanya akan nampak Allah itu bagaimana berdasarkan bagaimana cara kita melihat Dia. Kalau kita fikir Allah tak adil, kita HANYA akan nampak segala yang Allah bagi kita selama ini adalah tak adil. Yang kaya terus kaya, kita yang susah akan terus susah walau apa pun kita buat. Kalau kita fikir Allah tu kejam, kita akan fikir sebab tu Allah wujudkan neraka dan humban kita ke neraka atas sebab kita tertinggal satu je solat atau kita terambil pemadam kawan kita dan lupa pulangkan semula. Hakikatnya, Tuhan ciptakan neraka tu untuk kita, bukan untuk Dia. Mesti kau cakap,
“memanglah untuk kita, kita yang berdosa, buat apa untuk Tuhan sendiri, apa kau merepek ni” (Pasal neraka ni aku ada tulis juga, korang cuba tekan sini untuk baca)
Sebab Allah maha Penyayanglah, Allah ciptakan neraka ni untuk kita, bukan untuk Dia. Jadi Allah berdiri atas sangkaan hambaNya tu bukan Allah layan kita berdasarkan apa kita fikir tapi apa kita nampak Tuhan kita adalah berdasarkan apa kita letak sangkaan kita pada Dia.
Tak apa, perlahan-lahan kita belajar okay?
Jom ke next post! =)