Anak autism, hidup kena teruskan!
Cuba kita tanggal kejap cermin mata skeptikal dan pakai cermin mata helang. Haruslah kerajaan gembira, kerana masyarakat mula cakna mengenai individu autistik. Dulu, kini dan akan datang, kes autistik ni memang banyak. Tak pernah berkurang dari dulu dan akan datang. Pandai sembang, mana data aku ambil? Tak ada data sebab dulu tak ada media sosial, jadi orang tak tahu apa tu autistik, orang tak tahu “oh kalau anak aku macam ni, kena buat rawatan atau terapi”, orang tak tahu yang sebenarnya anak dia perlukan bantuan, orang tak tahu ada rawatan seperti itu di hospital. Yang orang tahu, hospital tempat orang sakit dan perlu dapatkan rawatan. Ye sakit, sakit yang jelas di mata, sakit yang diiktiraf sakit, seperti patah kaki, patah tulang, patah hati, eh apa pula tak ada, psychiatrist tu sedia membantu.
Dulu masyarakat kita fikir, “eh anak kau ni nakal sangat cuba tengok anak si leman juling tu elok je dia”, paling-paling dia compare dengan jiran sebelah atau dua belah atau satu kampung. Mana ada sesiapa nak masuk kampung, pergi buat taklimat kesihatan nak cerita ni semua. Klinik kesihatan pun jauh nak pergi. Lepas tu staff pun sedikit. Tak percaya? Tak tengok hantu mak limah lettew. Dulu, semua orang menormalisasikan lambat bercakap. “Ala tak apa, nanti dia ada kawan, tahulah dia bercakap” “ala, nanti dia bercakaplah tu, kang dah bercakap tak berhenti, kau pula malas nak layan” lepas tu, bila anak tu membesar, ada masalah lain, kita marah anak tu, kita salahkan anak tu kenapa lembab dan sebagainya, familiar? Kadang, masyarakat kita ni tak sentiasa menjatuhkan, kadang ayat dia menyenangkan TAPI menyenangkan tak kena masa, menyibuk tak ikut waktu, toksik pula sentiasa. Ayat macam menenangkan tapi itulah toksik positiviti. Mak pak tadi pun tenang sikit dan percaya tapi tiada tindakan diambil, hujung-hujung anak jadi magsa yang menenangkan tadi pula ayat mula menyalahkan mak pak. Mak pak tertekan, anak terkena lempias dan begitulah cycle berulang.
Kan bagus kalau di awal dia cakap “Tak apa, jangan banding dengan anak si leha tonggek tu, budak lain-lain, tapi cuba kita tany doktor, mana tahu ada benda kita sebenarnya tak tahu. Kalau doktor kata salah tempat, kita minta doktor tunjuk jalan sebab kita ni kan tak berpengetahuan” Mesti semua mak pak tadi bawa anak dia dapatkan rawatan dan mereka lebih mengasihani dan berlembut antara satu sama lain. Tapi masalahnya macam makcik tu cakap tadi dia pun tak berpengetahuan sebab pengetahuan tu tak sampai sebab akses kesihatan dan ilmu zaman dulu tak macam sekarang ni. Ha kau jangan asyik nak salahkan orang aje. Ye, dia memang toksik, kalau dia tahu pun pasal autistik tu, dia tetap boleh toksik kalau dia nak. Tapi kita pun ada salah dan peranan kita sendiri. Kita parents, tugas kita lindung dan jaga. Tugas kita kenal anak kita. Kita buat tak? Kita kenal tak? Kita cukup kenal tak?
Sekarang bukan isu autistik je meningkat, isu lambat bercakap pun masyarakat dah mula cakna dan ambil berat. Bukti? Hampir semua tempat yang menyediakan speech therapist mula dibanjiri dan penuh selalu. Alhamdulillah, ibu bapa mula menjaga amanah mereka dengan sebaiknya.
Buat ibu bapa yang punya anak autistik dan OKU yang lain, dunia ini kelihatan kejam atau memang kejam pada anda terutamanya pada si ibu. Menyalahkan ibu punca anak itu berpenyakit seperti itu. Parents penat nak menjelaskan dan nak buat masyarakat faham tentang keadaan anak mereka. Masyarakat pula rasakan mereka juga berhak untuk tidak memahami keadaan anak anda dan nak enjoy their moments. Ada juga parents yang tak mampu bergembira kerana anak mereka dalam keadaan yang sangat extreme. Dunia seolah berhenti untuk parents tapi masa tetap berjalan, kan?
Parents, tak apa. Syurga tu mahal, tiket nak dapat pun bukan mudah. Semua orang boleh masuk syurga tapi waktu penentunya. Ada yang kena celup dalam neraka dulu baru masuk syurga. Kita nak ke? Tapi itu kita fikir saat sabar kita dihujung. Supaya kita boleh maintain sabar. Ada parents yang doa minta anak meninggal sama dengan dia atau meninggal dulu sebelum dia sebab dia tahu tak ada siapa yang peduli. Betul. Tak salah juga. Tapi Tuhan peduli. Bagaimana jika rezeki anak itu masih ada? Bagaimana jika Tuhan tak makbulkan? Tuhan tak kejam sebab Tuhan tak boleh cabut hak individu itu kerana individu yang lain. Jadi fokus kita sekarang adalah, seandainya kita tiada, tak apa, anak kita mampu urus hidupnya sendiri, mampu beli barang, makan, minum, jaga diri dan urus duit sendiri. Tak perlu jadi paling hebat dan berjaya, hanya perlu tahu urus dirinya sendiri. Itu sudah cukup. Itu yang kita perlu lakukan. Kalau tak sempat macam mana? Kalau mati esok macam mana? Tak apa, ajal tak pasti bila, tapi tanggungjawab dan amanah kita tetap ada. Dan tak akan tertanggal walaupun kita dah mati. Jadi sementara hidup, kita usahakan untuk mereka, buat sedaya upaya. Itu yang kita perlu, patut dan wajib lakukan. Kerana anak itu sendiri sudah hebat saat dia memilih hidup sebagai anak kepada kita.
Tak apa, perlahan-lahan kita belajar, okay?


Recently ni mesti kita ada baca pasal Dr. Dzulkefly beritahu peningkatan pendaftaran kes kad oku autism meningkat kepada 8600. Banyakkan angka tu? Kenapa macam berita gembira patutnya kerajaan panik sebab masyarakat ini banyak OKU, macam mana nak mengendalikan negara di masa akan datang? Tulah, kita dah biasa pakai cermin mata satu hala sampai minda kita pun macam katak bawah tempurung terlalu lama tanpa kita sedar atau tidak, tanpa perlu kita akui atau tak. Kalau kita akui, baru ada perubahan, kalau tak, macam tulah berketurunan. Eh tapi tu nanti kita cakap, kita fokus sini dulu dan sekarang hehe.