Introduction kepada Introduction

6/8/20261 min read

Assalamualaikum hi, blog dah setahun tapi baru dapat menulis sesuatu. Biasalah, kita merancang Tuhan juga merancang tapi perancangan Tuhan sangat terbaik untuk kita. Walaupun kadang kita rasa kita dalam situasi yang paling teruk, paling jatuh, paling busuk, tetap yakin dan percayalah sesungguhnya perancangan Tuhan itu masih lagi terbaik untuk kita. Macam Nabi Yusuf as yang dipenjara kerana fitnah zulaikha. Dihukum atas kesalahan yang tidak dilakukan. Tetapi bayangkan, sekiranya Nabi Yusuf as tidak dipenjara, apakah zulaika akan biarkan saja Nabi Yusuf as hidup dengan bahagia? Mungkin lebih dahsyat dan teruk lagi cubaan dan fitnah yang datang bukan saja dari zulaika malahan wanita lain juga. Dan selepas bersabar dan yakin dengan Tuhan, Nabi Yusuf diangkat sendiri menjadi pemerintah oleh raja.

Tidak dinafikan, semangat berkobar-kobar nak tulis banyak cerita pada korang, tapi itulah, banyak juga perkara terjadi dan sangat bersyukur melalui proses ini walaupun tidak indah. Barulah sedar yang selama ini, kita jadi macam ini sebab kita tak benar-benar mengenal Tuhan kita dan diri sendiri. Macam mana kita nak benar-benar mencintai Tuhan sekiranya kita tak kenal? Malahan dalam ilmu tasawuf, kita dituntut untuk mengenal diri sendiri. Bagus tau kalau kenal diri sendiri, baru kita akan nampak sebenarnya baik betul Tuhan dengan kita, malahan kita takkan mudah-mudah dibodohkan dan diperbodohkan. So, korang dah kenal diri sendiri ke belum?

Kenal diri korang, maka korang akan kenal Tuhan. Bagaimana? Kebesaran dan kekuasaan Tuhan akan nampak, Tuhan mencintai kalian dengan sangat hebat kerana Tuhan mencipta kalian amat teliti dan bersesuaian dengan kalian

Tak apa, perlahan-lahan kita belajar, okay? Jom kita ke next post! =)

Dapatkan udpate terbaru dari Ruth: