Tuhan ciptakan neraka bukan untuk Dia, tapi untuk kita
Sebenarnya kenapa Allah tak cipta syurga saja dan masukkan kita secara berturut-turut ikut giliran paling baik ke paling syaitan? kata Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani. Sebab Allah sayangkan kita teramat-amatlah, Tuhan ciptakan neraka tu untuk kita.
Ya, kau tak silap baca. Aku memang tulis Allah ciptakan neraka tu untuk kita. Kita yang haknya diambil secara tidak adil, secara zalim. Kita yang diejek, dihina, diperlakukan lebih teruk dari najis binatang tanpa sebab, tanpa kita tahu salah kita. Kita atau ahli keluarga kita yang amat kita sayang, dirompak, dibunuh, dirogol, dituduh berzina, yang sebenarnya mangsa tapi dipersalahkan kerana kita wanita (undang-undang sivil dan masyarakat toksik kejam pada wanita) dan akhirnya mental. Dah mental pun tetap disalahkan. Kau rasa puas hati bila syaitan-syaitan yang merenggut kebahagian dan ketenangan kau didunia ni tiba-tiba senang lenang masuk syurga walaupun lambat sikit? Dahlah terlepas di dunia, semua orang idolakan dia sebab dia ada pretty privilege atau dia born in silver spoon.
Kalau isteri, adik, kakak atau mak kau, dirompak, dirogol, dikerat dan dibakar, kau puas hati mangsa cuma kena hukum gantung je? Lepas tu, ahli keluarga kau tetap kena kecam sebab “siapa suruh ikut jantan balik” “itulah perempuan, gatal, tak selidik laki tu macam mana” dan sebagainya. Kau happy? Kau puas hati? Ikutkan hati kau, kau nak tikam dia berkali-kali, kau nak kerat-kerat dia, pastu bagi babi makan. Betul tak?
Dalam ceramah Dr Zakir Naik pun, beliau ada cerita macam ni. Jadi terbukti tak Allah tu Maha Penyayang dan Maha Pengasihani. Allah takkan ampunkan dosa manusia terhadap manusia yang lain. Itu kita sendiri kena buat. Itu hak kita. Allah tak ambil dan usik mahupun mencampuri. Sebab Allah tahu sakit, perit, derita, kecewa, sengsara dan setiap air mata yang jatuh meminta pertolongan atas setiap kezaliman. Dia tahu dan sentiasa tahu.
Sebab tu ada neraka. Sebab hukuman di dunia tak cukup atau tak adil. Neraka tu tempat yang sangat menakutkan sehinggakan Malaikat Malik pun tak pernah senyum selepas melihat neraka. Azab Allah amatlah pedih. Pedih buat mereka yang menzalimi mereka yang lain. Allah peringatkan berkali-kali jangan sakiti saudaramu, tapi mereka lalai. Jadi janganlah kita ikut lalai seperti mereka. Kita tak boleh lalai dalam mengingati janji Allah. Janji Allah itu pasti. Boleh balas, islam bagi tapi siapa lebih pedih balasannya, kita atau Allah? Dan kenapa perlu susah payah kita balas kalau Allah ada sebagai pemberi balasan? Jangan kotorkan tangan dan hatimu. Serahkan semua urusanmu pada Allah.
Tak apa, perlahan-lahan kita belajar, okay?


Selalu kita dengar orang-orang sekeliling kita atau kalau tak selalu pun, mesti sekali atau dua kali kita pernah dengar orang sekeliling kita sama ada kita kenal atau tak pernah ungkapkan
“Kalau Allah sayangkan kita sangat-sangat, kenapa Allah ciptakan neraka? Kenapa tak boleh semua masukkan je dalam syurga?”
Sampaikan kita pun terfikir macam tu “aah ek” tapi kita cepat-cepat abaikan seperti angin lalu sebab kita takut merosakkan akidah sendiri meranapkan iman yang lebih nipis dari kulit bawang. Dan selalu juga kita dengar atau dapat jawapan yang berbunyi begini,
“Allah cipta neraka tu nak tunjukkan kekuasaanNya..”
Dan terus disambung dengan bentuk, ciri segala aspek tentang neraka dan berhenti pada syurga. Kita pun terlupa kepada bentuk soalan tadi sebab asyik dengan gaya penyampaian mereka tadi. Kemudian beberapa ketika kita masih bertanya lagi pada soalan yang sama. Bertanya lagi dan lagi dan lagi.